Semalam petang, sedang Seri berehat di ruang tamu rumahnya, dia terperasan bahwa siaran TV petang itu menayangkan kisah kembara di bumi Arab. Slot itu bertajuk Kembara Bersama Mawi di Bumi Para Anbiya'. Episod kali itu mengisahkan kembara seorang artis terkenal di Malaysia yang bernama Mawi melawat Syria dan Turki.
Ada satu episod di mana, Mawi melawat sebuah tempat yang bernama Suq Hamidi yang berhampiran dengan sebuah kota lama dalam daerah Damsyik atau kadang-kadang juga dipanggil Damascus. Sebuah bandar yang sudah berusia ratusan tahun, dan mempunyai banyak kesan sejarahnya yang unik. Suq Hamidi ini merupakan peninggalan kerajaan bani Umaiyah dan berhampiran suq itu juga terdapat masjid lama yang dipanggil masjid Umaiyah.
Seri terkenang kenangan beliau di Damsyik, Syria. Satu pengalaman yang sangat memberi kesan di jiwanya. Melawat makam-makam ahlul bait dan para sahabat-sahabat RSAW di sana cukup mengharukan jiwa. Walaupun hatinya sedikit terkilan kerana makam para sahabat di bumi Syria tidak mendapat perhatian yang sewajarnya jika dibandingkan dengan makam para sahabat di Jordan.
Maklumlah, di Syria pemerintahnya berfahaman Syiah, mungkin itu faktor utama, keluh Seri.
Fahaman Syiah yang menolak para sahabat malah mengkafirkan para sahabat RSAW hatta kepada sahabat utama sepeti Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab, Saidina Osman Al Affan dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun makam-makam para ahlulbait di Syria sangat terjaga rapi dan indah sekali, alhamdulillah, Seri rasa terharu apabila terkenang pengalamannya berdoa di makam ahlulbait dan masih terasa keharuman bau ood di makam-makam tersebut. Haruman ood ini adalah haruman yang paling disukai oleh RSAW sewaktu hayatnya.
Seri sempat juga melawat ke Suq Hamidi yang terkenal sebagai tempat membeli belah yang terkenal di kota Damsyik itu. Apa yang mengejutkan Seri, rupanya di dalam Suq tersebut terdapat sebuah makam para sahabat RSAW yang terkenal dengan panggilan Abu Hurairah.
Seri sempat berkunjung dan melawat makam tersebut. Yang menghairankan beliau, di tengah kesibukan kedai-kedai dan orang ramai di Suq Hamidi tersebut, suasana makam tersebut seperti sebuah tempat yang terasing dari suasana kesibukan tersebut. Masuk ke dalamnya, membuat hati merasa tenang dan suasananya sangat nyaman.
Mungkin itulah barokah dari orang yang bertaqwa, bisik hatinya.
Begitu juga, sewaktu Seri berjalan-jalan di pasar Ruknuddin di kota Damsyik, sempat juga ia dibawa oleh rakannya yang sudah lama menetap di Damsyik untuk singgah melawat makam seorang ahli sufi terkenal iaitu Ibnu Arabi. Suasana di dalam makam tersebut juga begitu tenang dan mendamaikan.
Memang begitulah tanda-tanda yang Allah tunjukkan pada orang yang hidup tentang penghormatan dan kedudukan mulia hambaNya yang bertaqwa, Seri mulai memahami pengalaman yang ditempuhinya itu.
Di Suq Hamidi, Seri sempat merasa keenakan ais kerim tumbuk yang hanya satu-satunya di dunia ini, dan ia cuma ada di kota Damsyik sahaja.
Ermm, memang enak ais krim tersebut, kalau lama agaknya aku di Damsyik, boleh gemuk aku, Seri tergelak sendiri.
Alamak, suara aku dah jadi sengaulah, ini kena cari ubat sakit tekak ni, Seri mengingatkan dirinya.
Teringat Seri tentang cerita pelajar di bawah penyeliaannya tentang ubat tradisional untuk menghilangkan batuk dan sakit tekak.
Kata pelajarnya yang bernama Hanis itu, Puan campurkan limau nipis dan madu ke dalam telur mentah, kemudian makan mentah-mentah sahaja, ini petua dari ayah saya.
Agak-agak boleh ke tekak aku menerima campuran itu semua, Seri tidak yakin kemampuannya untuk mencuba petua terssebut.
Malasnya aku nak pergi ke klinik, getus hati Seri.
Begitulah Seri, dia memang jarang ke klinik kecuali memang sudah demam teruk, sikapnya yang suka ambil mudah tentang kesihatan diri itu kadang-kadang mengundang bahaya kepada dirinya sendiri.
Seri teringat pada anaknya Nafisah, Fisa ini pun kuat semangat, kadang-kadang demampun dia boleh bermain-main lagi, keluh Seri.
No comments:
Post a Comment