Lebat sungguh hujan diluar ofis Seri petang ini. Begitulah cuaca sejak akhir-akhir ini, pagi begitu ceria dan hangat tetapi petang pula hujan turun dengan lebat.
Apapun, sebagai seorang hambaAllah, aku harus terima dengan redha takdirNya, seeloknya jangan sesekali bersungut dan mempertikaikan apa yang ditakdirkan, Seri mengingatkan dirinya.
Seri teringat tentang satu persidangan yang akan dijalankan di Kuala Terengganu 2 hari lagi. Memang hajat hatinya kalau boleh ingin hadir ke persidangan tersebut, malangnya ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan dan yang lebih utama.
Tidak mengapalah,aku sudah meminta Azhan untuk mendapatkan kertaskerja yang diperlukan itu, harap-harap tidak menyusahkan dia, Seri berdoa dalam hatinya.
Tarikh yang sama itu juga mengingatkan dia pada tarikh lahir kawan lamanya, Yazid. Yazid pernah menyatakan padanya satu ketika dulu,
Seri, tarikh lahir aku dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir yang sebenar, ia terlewat seminggu didaftarkan, kau seorang sahaja yang aku beritahu hal ini, sebab aku mahu orang yang istimewa di dalam hidup aku sahaja yang tahu mengenai hal ini, Yazid menerangkan padanya.
Hermm, buat apa dikenang lagi, pada orang yang pandai bermanis kata, patutlah orang tua selalu berpesan, jangan cepat percaya pada orang yang pandai berkata-kata, lihat dan teliti dulu sikap dan peribadinya, Seri tersenyum hambar mengenangkan kenaifannya.
Benarlah rupanya, hidup di dunia ini selalu menjadikan orang yang naif dan lurus sebagai mangsa kepada yang pandai berkata-kata lagi bermuka-muka, getus hati Seri.
Eh siapa yang aku maksudkan pandai berkata-kata dan pandai bermuka-muka itu, Yazid ke? Seri seakan terkejut pula dengan monolog hatinya tadi.
Seri termenung sebentar. Menilai kembali perasaannya sebentar tadi.
Ah, siapalah aku untuk menuduh orang lain sebegitu, tidak baik aku menyimpan prasangka yang buruk terhadap orang lain, itu hanya bisikan syaitan untuk menyalakan mazmumah dalam hati, Seri mengingatkan dirinya yang telanjur melayan perasaan tadi.
PEtang itu hujan terus turun dengan lebatnya. Kedengaran suara azan berkumandang dari komputernya. Seri mengambil keputusan untuk bersiap-siap balik ke rumahnya.
No comments:
Post a Comment