Sukar sebenarnya mentafsir hati lelaki, jika dikatakan wanita itu cukup sukar difahami tetapi sebenarnya memahami hati seorang lelaki lebih sukar daripada itu, getus hati Seri.
Lelaki wataknya tidak menyerlahkan perasaannya, sukar bagi mereka untuk menerangkan apa sebenarnya di hati mereka. Diam dan tidak berkata apa-apa itu sebenarnya satu penyiksaan kepada perempuan, keluh hati Seri.
Apapun tidak semua perkara di dunia ini perlukan penjelasan, kekadang tiada penjelasan yang mudah untuk dilahirkan, mungkin waktunya belum tiba atau mungkin ia perlu disembunyikan sampai bila-bila, Seri berfalsafah seketika.
Bagaimana pula sikapku ini, apakah senang untuk orang memahami diriku?, Seri bertanya kepada dirinya sendiri.
Seri terkenang novel AYAT-AYAT CINTA yang dibacanya menerusi internet tempohari. Sebuah novel yang popular dan mendapat pengiktirafan best seller di indonesia dan malaysia juga tidak kurang peminatnya. Sudah juga dijadikan filem dengan tajuk yang sama.
Cuma di dalam filem agak kurang mendalam atau kesampaian maksud novel itu diterkemahkan, komen Seri.
Ia tidak menyentuh hati seperti apabila kita membacanya, komen Seri lagi.
Novel itu memang cukup ideal garapannya, seperti sebuah kisah 1001 malam. Ia menyenangkan pembaca namun kurang menyerlahkan keaslian realiti di dalam kehidupan. Ia memang sekadar novel yang membuai perasaan dan apa yang paling bagus daripada novel itu ia bukan sekadar sebuah novel cinta tetapi jauh meneroka kisah masyarakat, agama, pertembungan budaya, dan sebagainya.Cuma kadang-kadang garapannya begitu ideal dan menimbulkan persoalan, apakah wujud realiti yang sebegitu di dalam hidup ini?
Aku pernah membaca karya Hamka, tampaknya Hamka lebih halus perasaannya di dalam mengarap realiti kehidupan yang diterjemahkan ke dalam novelnya. Bagiku, Hamka adalah pengarang yang sukar ditandingi kehalusan perasaannya dan semangat jiwanya.
Apapun mungkin penulis Ayat-ayat CInta itu masih muda, pengalaman kadang-kadang menyedarkan seseorang tentang realiti kehidupan dengan lebih mendalam. Hidup ini tidak semudah skrip atau jalan cerita pengarang, ia sebenarnya sangat kompleks dan penuh dengan kejutan dan ketidaktentuan, sambung Seri lagi.
No comments:
Post a Comment