Semalam sewaktu di dalam perjalanan ke tempat kerja, Seri ditemani dengan radio keretanya yang setia mendendangkan pelbagai halwa telinga sewaktu dia memandu. Terkadang-kdang Seri tidak mampu menahan dirinya dari berlenggang lenggok mengikut rentak lagu yang berkumandang dari corong radio keretanya.
Terdengar di telinganya suara DJ radio tersebut menyatakan "Sekarang kita dengar pula sebuah lagu nyanyian Zulkiflee Ahmad seorang naib juara bintang RTM tahun 1975 dengan lagunya, Tak Kuasa Kuhindari".
Sebuah lagu asal yang dinyanyikan oleh Emilia Contessa, DJ Radio itu menyambung katanya.
Seri tertarik dengan lagu tersebut kerana rentaknya yang mengembirakan, bahasanya yang simple tetapi apa yang menarik perhatiannya ialah suara penyanyi tersebut kerana ia mirip seorang perempuan, padahal beliau seorang lelaki yang bernama Zulkiflee Ahmad.
Seri tersentak kerana teringat sesuatu. Zulkiflee Ahmad?, Seri mengulang kembali nama itu.
Seri teringat dia pernah terbaca di dalam sebuah ruangan laman sembang internet bahawa Yasmin Ahmad pengarah filem yang terkenal dengan kontroversi itu merupakan seorang lelaki yang bernama Zulkiflee Ahmad yang merupakan seorang pemenang bintang RTM tahun 70an.
Yasmin Ahmad ini sekarang merupakan pengarah filem yang filem-filemnye pernah mendapat anugerah antarabangsa, salah satu filemnya yang pernah dilihat oleh Seri adalah Mukhsin. Sebuah filem yang menarik yang mengisahkan mengenai sebuah percintaan monyet yang syahdu. Yasmin sebelum menjadi pengarah filem adalah seorang pengarah filem iklan yang selalu diambil oleh Petronas untuk membuat iklan-iklan mereka di kaca TV.
Memang menarik iklan-iklan Petronas tersebut, akupun suka dan tertunggu-tunggu untuk menyaksikan iklan-iklan mereka khususnya apabila tibanya hari perayaan, cukup mengusik kalbu, komen Seri.
Bagaimanapun filem-filem Yasmin selalu dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Contohnya di dalam filem Gubra beliau, ada scene di mana seorang bilal memegang anjing sejurus sebelum pergi ke masjid untuk melaungkan azan. Begitu juga dalam filem-filem yang lain seperti Sepet, Muallaf dan sebagainya, banyak scene yang menimbulkan kontroversi dan taboo dan mencabar realiti masyarakat. Seri merasakan Yasmin Ahmad seorang yang berfikiran liberal dan cuba membawa fahamannya itu ke tengah masyarakat Malaysia ini.
Seni bukan sekadar untuk seni sahaja, untuk melihat dari perspektif seni sahaja tidak mungkin, Seri mengulas pandangannya.
Jika aku diberi kebenaran untuk komen karya-karya Yasmin dari segi seni dan kehalusan garapannya, aku meletakkan Yasmin sebagai seorang yang berbakat besar, tetapi sebagai seorang Islam, aku tidak menyokong Yasmin kerana filemnya menimbulkan kecelaruan kepada konsep dan syariat islam, Seri berhujah sendirian.
Di dalam laman sembang internet itu ada diletakkan gambar Zulkiflee Ahmad tersebut yang wajahnya mirip seorang lelaki yang jambu dan lembut. Kemudian di laman sembang tersebut itu disisipkan juga gambar Yasmin Ahmad.
Memang saling tak tumpah wajah mereka berdua bila dibuat perbandingan sampaikan tahi lalat dan gigi mereka berduapun sama sahaja," getus hati Seri.
Seri tidak berani membuat andaian apa-apa apakah benar atau tidak maklumat yang didapati dari laman sembang tersebut. Setahu Seri tidak pernah Yasmin Ahmad memberi komen apa-apa tentang isu bahawa dia pernah melakukan pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan. Tetapi ada sumber yang menyatakan bahawa memang penyanyi Zulkiflee Ahmad itu menghilangkan dirinya dari pentas hiburan pada tahun 80an kerana melakukan pertukaran jantina kerana beliau adalah khunsa.
Di dalam Islam juga dibenarkan mereka yang benar-benar khunsa tulen untuk memilih jantina yang lebih cenderung dihatinya.
Jika begitu, tidak ada salahnya Yasmin Ahmad menukarkan jantinanya dari lelaki kepada wanita, Seri mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apapun, memang sedaplah lagu ni, kata Seri. Dia terus dibuai kemerduan suara Zulkiflee Ahmad dan melodi yang dinyanyikannya. Kelihatan Seri melenggok-lenggokkan kepala dan bahnunya menyanyi bersama lagu tersebut.
Sudah kulupa semua yang telah lalu
Sudah kulupa semua tentang dirimu
Memang hati sakit kerna tingkahmu
Aku tak dendam padamu
Aku tidak tahu
mengapakah dirimu
selalu membuat bergetarnya jiwaku
Mungkin itu alasan nuraniku
Aku tak dendam padamu
Kini kau datang
merayu-rayu lagi
kenangan lalu oo timbul kembali
Aku tak kuasa untuk menghindari
Akan hadirmu di sisi
22 October 2008
20 October 2008
CORETAN CIK SERI 7
Pagi ini Seri memulakan harinya dengan kebiasaan rutinnya. Berlegar-legar di halaman rumah melihat dan meneliti segala rumput rampai, pokok bunga dan lanskap lamannya. Itulah laman kesayangannya, yang diberi namanya Laman Seri. Seri menyukai kehijauan laman tersebut dengan rumput yang menghijau subur. Sesekali dia akan memperuntukkan masa untuk mencabut rumput-rumput nakal yang cuba hidup ditengah rumput permaidani yang ditanamnya.
Seri teringat seorang pujangga pernah berkata "Kalau hendak mata senang dan tenang, cintailah dan lihatlah kehijauan di dunia ini".
Memang benar kata-kata pujangga itu, komen Seri.
Hatinya berbunga gembira kerana impiannya untuk mendapatkan sebuah pergola menghiasi lanskap rumahnya sudah tercapai. Dia merenung pergola itu, memikirkan corak dan bentuk apakah yang akan dihiaskannya. Jenis pokok yang sesuai, jenis batuan yang sesuai, dan pelbagai ilham bercelaru di dalam akalnya.
Sebuah pergola yang tidak sepenuhnya berbumbung, tetapi mempunyai tempat bersantai dan meja kecil untuk menjamu selera. Ia diperbuat dari kayu cengal, dan mempunyai ira kayu yang menarik.
Ketawa Seri bila mengingatkan keletah Fisa anaknya, Jom ibu, kita duduk-duduk, minum-minum, kata Fisa sejurus selepas pergola itu siap dipasang.
Fisa ni memang begitu, cukup suka aktiviti bersantai, sesuailah dengan sifat happy go lucky nya tu, Seri menilai sikap anaknya itu.
Bukannya dia kisah berpanas kat luar, tetapi sebab kulitnya yang putih tu, sekejap sahaja mukanya dah jadi macam udang kena bakar, merah padam, Seri mengomel sendiri.
Hari ini memang Seri sengaja mengambil cuti. Dia bercadang untuk mengadakan jamuan rumah terbuka hari raya esok harinya. Tengahari itu, Seri keluar ke pasaraya untuk mencari bahan-bahan mentah yang akan dimasak untuk jamuan hari esok.
Selalunya Seri akan membeli ayam di kedai Az Zain kerana di sana sahajalah Seri yakin untuk memakannya. Sudah beberapa bulan, Seri tidak makan ayam selain dari ayam di kedai tersebut. Sejak akhir-akhir ini, dia agak cuak untuk memakan ayam sembarangan sejak pelbagai isu tentang kehalalan ayam menjadi bualan hangat masyarakat beberapa bulan lalu.
Geli geleman Seri bila mengingatkan bahwa kebanyakan ayam-ayam yang dijual di pasaraya melalui proses penyembelihan yang tidak syariat dan membawa kepada haram apabila dimakan. Sejak itu, Seri sangat berhati-hati mengenai bab pemakanan.Maka kerana itulah kedai Az Zain yang menjamin barang jualannya semuanya adalah keluaran orang islam dan kehalalannya dijamin menjadi kedai favouritenya.
Tidak mengapalah mahal sedikit, asalkan aku yakin ia halal dan menepati syariat, getus hati Seri.

16 October 2008
CORETAN CIK SERI 6
Sukar sebenarnya mentafsir hati lelaki, jika dikatakan wanita itu cukup sukar difahami tetapi sebenarnya memahami hati seorang lelaki lebih sukar daripada itu, getus hati Seri.
Lelaki wataknya tidak menyerlahkan perasaannya, sukar bagi mereka untuk menerangkan apa sebenarnya di hati mereka. Diam dan tidak berkata apa-apa itu sebenarnya satu penyiksaan kepada perempuan, keluh hati Seri.
Apapun tidak semua perkara di dunia ini perlukan penjelasan, kekadang tiada penjelasan yang mudah untuk dilahirkan, mungkin waktunya belum tiba atau mungkin ia perlu disembunyikan sampai bila-bila, Seri berfalsafah seketika.
Bagaimana pula sikapku ini, apakah senang untuk orang memahami diriku?, Seri bertanya kepada dirinya sendiri.
Seri terkenang novel AYAT-AYAT CINTA yang dibacanya menerusi internet tempohari. Sebuah novel yang popular dan mendapat pengiktirafan best seller di indonesia dan malaysia juga tidak kurang peminatnya. Sudah juga dijadikan filem dengan tajuk yang sama.
Cuma di dalam filem agak kurang mendalam atau kesampaian maksud novel itu diterkemahkan, komen Seri.
Ia tidak menyentuh hati seperti apabila kita membacanya, komen Seri lagi.
Novel itu memang cukup ideal garapannya, seperti sebuah kisah 1001 malam. Ia menyenangkan pembaca namun kurang menyerlahkan keaslian realiti di dalam kehidupan. Ia memang sekadar novel yang membuai perasaan dan apa yang paling bagus daripada novel itu ia bukan sekadar sebuah novel cinta tetapi jauh meneroka kisah masyarakat, agama, pertembungan budaya, dan sebagainya.Cuma kadang-kadang garapannya begitu ideal dan menimbulkan persoalan, apakah wujud realiti yang sebegitu di dalam hidup ini?
Aku pernah membaca karya Hamka, tampaknya Hamka lebih halus perasaannya di dalam mengarap realiti kehidupan yang diterjemahkan ke dalam novelnya. Bagiku, Hamka adalah pengarang yang sukar ditandingi kehalusan perasaannya dan semangat jiwanya.
Apapun mungkin penulis Ayat-ayat CInta itu masih muda, pengalaman kadang-kadang menyedarkan seseorang tentang realiti kehidupan dengan lebih mendalam. Hidup ini tidak semudah skrip atau jalan cerita pengarang, ia sebenarnya sangat kompleks dan penuh dengan kejutan dan ketidaktentuan, sambung Seri lagi.

15 October 2008
CORETAN CIK SERI 5
Lebat sungguh hujan diluar ofis Seri petang ini. Begitulah cuaca sejak akhir-akhir ini, pagi begitu ceria dan hangat tetapi petang pula hujan turun dengan lebat.
Apapun, sebagai seorang hambaAllah, aku harus terima dengan redha takdirNya, seeloknya jangan sesekali bersungut dan mempertikaikan apa yang ditakdirkan, Seri mengingatkan dirinya.
Seri teringat tentang satu persidangan yang akan dijalankan di Kuala Terengganu 2 hari lagi. Memang hajat hatinya kalau boleh ingin hadir ke persidangan tersebut, malangnya ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan dan yang lebih utama.
Tidak mengapalah,aku sudah meminta Azhan untuk mendapatkan kertaskerja yang diperlukan itu, harap-harap tidak menyusahkan dia, Seri berdoa dalam hatinya.
Tarikh yang sama itu juga mengingatkan dia pada tarikh lahir kawan lamanya, Yazid. Yazid pernah menyatakan padanya satu ketika dulu,
Seri, tarikh lahir aku dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir yang sebenar, ia terlewat seminggu didaftarkan, kau seorang sahaja yang aku beritahu hal ini, sebab aku mahu orang yang istimewa di dalam hidup aku sahaja yang tahu mengenai hal ini, Yazid menerangkan padanya.
Hermm, buat apa dikenang lagi, pada orang yang pandai bermanis kata, patutlah orang tua selalu berpesan, jangan cepat percaya pada orang yang pandai berkata-kata, lihat dan teliti dulu sikap dan peribadinya, Seri tersenyum hambar mengenangkan kenaifannya.
Benarlah rupanya, hidup di dunia ini selalu menjadikan orang yang naif dan lurus sebagai mangsa kepada yang pandai berkata-kata lagi bermuka-muka, getus hati Seri.
Eh siapa yang aku maksudkan pandai berkata-kata dan pandai bermuka-muka itu, Yazid ke? Seri seakan terkejut pula dengan monolog hatinya tadi.
Seri termenung sebentar. Menilai kembali perasaannya sebentar tadi.
Ah, siapalah aku untuk menuduh orang lain sebegitu, tidak baik aku menyimpan prasangka yang buruk terhadap orang lain, itu hanya bisikan syaitan untuk menyalakan mazmumah dalam hati, Seri mengingatkan dirinya yang telanjur melayan perasaan tadi.
PEtang itu hujan terus turun dengan lebatnya. Kedengaran suara azan berkumandang dari komputernya. Seri mengambil keputusan untuk bersiap-siap balik ke rumahnya.

13 October 2008
CORETAN CIK SERI 4
Semalam petang, sedang Seri berehat di ruang tamu rumahnya, dia terperasan bahwa siaran TV petang itu menayangkan kisah kembara di bumi Arab. Slot itu bertajuk Kembara Bersama Mawi di Bumi Para Anbiya'. Episod kali itu mengisahkan kembara seorang artis terkenal di Malaysia yang bernama Mawi melawat Syria dan Turki.
Ada satu episod di mana, Mawi melawat sebuah tempat yang bernama Suq Hamidi yang berhampiran dengan sebuah kota lama dalam daerah Damsyik atau kadang-kadang juga dipanggil Damascus. Sebuah bandar yang sudah berusia ratusan tahun, dan mempunyai banyak kesan sejarahnya yang unik. Suq Hamidi ini merupakan peninggalan kerajaan bani Umaiyah dan berhampiran suq itu juga terdapat masjid lama yang dipanggil masjid Umaiyah.
Seri terkenang kenangan beliau di Damsyik, Syria. Satu pengalaman yang sangat memberi kesan di jiwanya. Melawat makam-makam ahlul bait dan para sahabat-sahabat RSAW di sana cukup mengharukan jiwa. Walaupun hatinya sedikit terkilan kerana makam para sahabat di bumi Syria tidak mendapat perhatian yang sewajarnya jika dibandingkan dengan makam para sahabat di Jordan.
Maklumlah, di Syria pemerintahnya berfahaman Syiah, mungkin itu faktor utama, keluh Seri.
Fahaman Syiah yang menolak para sahabat malah mengkafirkan para sahabat RSAW hatta kepada sahabat utama sepeti Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab, Saidina Osman Al Affan dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun makam-makam para ahlulbait di Syria sangat terjaga rapi dan indah sekali, alhamdulillah, Seri rasa terharu apabila terkenang pengalamannya berdoa di makam ahlulbait dan masih terasa keharuman bau ood di makam-makam tersebut. Haruman ood ini adalah haruman yang paling disukai oleh RSAW sewaktu hayatnya.
Seri sempat juga melawat ke Suq Hamidi yang terkenal sebagai tempat membeli belah yang terkenal di kota Damsyik itu. Apa yang mengejutkan Seri, rupanya di dalam Suq tersebut terdapat sebuah makam para sahabat RSAW yang terkenal dengan panggilan Abu Hurairah.
Seri sempat berkunjung dan melawat makam tersebut. Yang menghairankan beliau, di tengah kesibukan kedai-kedai dan orang ramai di Suq Hamidi tersebut, suasana makam tersebut seperti sebuah tempat yang terasing dari suasana kesibukan tersebut. Masuk ke dalamnya, membuat hati merasa tenang dan suasananya sangat nyaman.
Mungkin itulah barokah dari orang yang bertaqwa, bisik hatinya.
Begitu juga, sewaktu Seri berjalan-jalan di pasar Ruknuddin di kota Damsyik, sempat juga ia dibawa oleh rakannya yang sudah lama menetap di Damsyik untuk singgah melawat makam seorang ahli sufi terkenal iaitu Ibnu Arabi. Suasana di dalam makam tersebut juga begitu tenang dan mendamaikan.
Memang begitulah tanda-tanda yang Allah tunjukkan pada orang yang hidup tentang penghormatan dan kedudukan mulia hambaNya yang bertaqwa, Seri mulai memahami pengalaman yang ditempuhinya itu.
Di Suq Hamidi, Seri sempat merasa keenakan ais kerim tumbuk yang hanya satu-satunya di dunia ini, dan ia cuma ada di kota Damsyik sahaja.
Ermm, memang enak ais krim tersebut, kalau lama agaknya aku di Damsyik, boleh gemuk aku, Seri tergelak sendiri.
Alamak, suara aku dah jadi sengaulah, ini kena cari ubat sakit tekak ni, Seri mengingatkan dirinya.
Teringat Seri tentang cerita pelajar di bawah penyeliaannya tentang ubat tradisional untuk menghilangkan batuk dan sakit tekak.
Kata pelajarnya yang bernama Hanis itu, Puan campurkan limau nipis dan madu ke dalam telur mentah, kemudian makan mentah-mentah sahaja, ini petua dari ayah saya.
Agak-agak boleh ke tekak aku menerima campuran itu semua, Seri tidak yakin kemampuannya untuk mencuba petua terssebut.
Malasnya aku nak pergi ke klinik, getus hati Seri.
Begitulah Seri, dia memang jarang ke klinik kecuali memang sudah demam teruk, sikapnya yang suka ambil mudah tentang kesihatan diri itu kadang-kadang mengundang bahaya kepada dirinya sendiri.
Seri teringat pada anaknya Nafisah, Fisa ini pun kuat semangat, kadang-kadang demampun dia boleh bermain-main lagi, keluh Seri.

08 October 2008
CORETAN CIK SERI 3
Pagi itu Seri sampai awal di tempat kerjanya. Memandangkan beliau merupakan seorang pensyarah, Seri mendapat kemudahan bilik pensyarah. Setelah mengetipkan kad kedatangan pekerja, Seri terus ke biliknya. Dia membuka komputer peribadinya dan melihat emel-emel yang dihantar kepadanya.
Nampaknya Eva belum membalas emel yang aku kirimkan padanya 2 hari lalu, mungkin dia masih bercuti raya lagi, bisik hati Seri.
Eva adalah seorang kenalan internet Seri yang selalu beremel dengannya. Sebenarnya Seri tidak mengenali Eva yang sebenar di dalam dunia realiti, hanya maklumat yang asas sahaja yang diketahui mengenai Eva. Walaupun mereka pernah bertukar-tukar gambar diri dan keluarga masing-masing tetapi mereka belum pernah berjumpa.
Perkenalan dengan Eva berlaku dengan kebetulan. Eva menghubunginya melalui mesej peribadi di dalam satu forum kerana tertarik dengan posting yang dihantar oleh Seri di dalam forum tersebut. Sebenarnya, Eva menghadapi situasi yang sama seperti Seri. Eva menghadapi saat getir dan pahit di dalam hidupnya kerana terlibat di dalam sebuah perhubungan yang membawa kepada konflik kepada dirinya dan keluarganya. Eva menghubungi Seri kerana ingin berkongsi masalah dengan Seri.
Sebenarnya perhubungan dengan Eva adalah satu rahmat kepada Seri. Selama ini Seri mengubat hati sendiri dan tidak punya sesiapa untuk berkongsi cerita dan rasa. Tidak ada kawan yang mengetahui kisahnya dengan Yazid, dan mungkin tidak ada siapa pun yang faham tentang perhubungan tersebut. Perhubungannya dengan Yazid adalah satu perhubungan yang unik dan sukar untuk orang lain memahaminya.
Dengan kehadiran Eva, setelah setahun setengah hubungannya dengan Yazid telah putus, menjadi satu pengubat kepada diri Seri. Seri dapat berkongsi dengan Eva pengalamannya menghadapi saat getir apabila difitnah dan dikhianati oleh Yazid. Seri bertatih untuk mengumpulkan kekuatan jiwa setelah hatinya dilukai oleh Yazid yang dianggapnya sebagai kawan yang baik dan setia. Tidak ada yang lebih menyedihkan apabila dikhianati oleh seorang yang kita percayai selama ini.
Seri tahu Eva seorang wanita yang tabah dan cekal. Hatinya lurus dan mudah simpati dengan orang lain Tetapi malang baginya, diketemukan dengan seorang lelaki yang bersikap pengecut seperti Yazid. Eva dipersalahkan sepenuhnya dan dituduh sebagai perosak dan penganggu rumah tangga lelaki itu sedangkan pada hakikatnya, lelaki tersebut yang memulakan perhubungan tersebut, mengocak hati dan perasaan Eva dengan kata-kata manis. Cuma apabila diketahui oleh isterinya, lelaki itu menafikan segala-galanya dan menuduh Eva sebagai perempuan yang cuba menggoda dan memerangkapnya. Pelbagai penghinaan dihamburkan oleh lelaki dan isterinya kepada Eva. Lebih malang lagi apabila mereka berada di dalam komuniti yang sama, lelaki dan isterinya memburuk-burukkan Eva kepada rakan-rakan mereka.
Kasihan Eva, tentu teruk tekanan yang dihadapinya waktu itu, Seri seakan turut dapat merasai kepahitan yang perlu Eva hadapi itu.
Seri hanya dapat membantu Eva dengan menjadi pendengar setia kisahnya dan memberikan kata-kata sokongan agar Eva dapat mengubat jiwanya dan mengembalikan kepercayaan kepada diri sendiri.
Memang jika kurang kuat jiwa, segala penghinaan dan pengkhianatan seperti itu akan membuat seseorang hilang keyakinan diri, getus hati Seri.
Seri faham sungguh dengan situasi itu kerana dia turut melalui pengalaman yang hampir sama seperti Eva.

07 October 2008
CORETAN CIK SERI 2
Perjalanan pulang ke rumah Seri mengambil masa hampir setengah jam dari tempat kerjanya. Sengaja Seri memilih kawasan yang agak jauh kerana menyukai suasana kehijauan di sekeliling kediamannya. Rumah yang diduduki sekarang adalah sebuah banglo yang sederhana sahaja, dengan rekabentuk yang simple. Namun Seri merasai itu sudah mencukupi kerana dia bekerja dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk selalu menjaga persekitaran kediamannya. Apatah lagi, memang dia tidak mempunyai pembantu rumah untuk melakukan segala tugas tersebut.
Sesampainya di rumah, Seri tidak terus masuk ke rumah. Rutinnya, dia akan melihat-lihat lanskap di luar kediamannya. Menyiram bunga, dan meneliti perkembangan kesuburan pokok-pokok dan rumput permaidani di halaman rumahnya. Hatinya merasa tenang melihat kehijauan dan keceriaan lanskap di halamannya. Yang paling disukainya adalah pokok bunga melur dan pokok jasmin yang mengeluarkan bau yang harum apabila didekati.
Teringat Seri sewaktu dia berkunjung ke Jordan satu ketika dulu dan menziarahi rumah seorang Profesor dari Universiti Yarmouk. Rumah beliau dipenuhi dengan segala pelbagai jenis tanaman dari pokok bunga hinggalah ke pokok buah-buahan. Kebetulan waktu itu, buah anggur sedang lebat berbuah, merasa juga Seri memetik dan memakan anggur yang sangat manis itu dari pokoknya. Seri dan rombongan ziarahnya juga turut disajikan dengan teh yang dimasak bersama dengan daun pudina. Harum sekali teh tersebut. Seri menyukai dan kagum dengan stail orang Arab meraikan tetamu. Mereka sangat pandai melayan tetamu dan sangat menjaga hati tetamu. Layanan mereka sangat tertib dan beradab. Mungkin ini adalah warisan yang mereka warisi dari budaya yang sudah diikuti turun temurun. Walaupun watak orang Arab ini keras dan kasar, tetapi di dalam bab melayan tetamu, mereka memang patut dipuji. Sepanjang Seri di negara Jordan tersebut, mereka seringkali dijemput dan diraikan sebagai tetamu. Itu yang membuat dia terfikir untuk datang lagi berziarah ke sana.
Ah, kecur air liur aku, bila teringat tentang keenakan kambing panggang yang dicicah dengan laban itu, Seri tersenyum sendiri.
Di Jordan, Seri sempat melawat kawasan pergunungan di mana ada mata air nabi Musa. Kebetulan waktu itu hampir menghampiri musim sejuk, maka selama beliau di sana, keadaan agak dingin dan menyenangkan untuk melakukan lawatan. Sempat juga Seri melihat laut Mati yang merupakan sebuah tasik yang dikatakan terjadi hasil dari balikan bumi disebabkan kemurkaan Allah kepada kaum Nabi Lut yang homoseks. Sebenarnya, air tasik itu tidak sesuai untuk mandi kerana kandungan toksiknya agak tinggi. Walaupun diwar warkan, air di situ elok untuk bermandi manda dan lumpurnya elok untuk dijadikan terapi kepada kulit tetapi Seri merasakan sebaliknya.
Melihat persekitaran tempat tersebut yang kering bergaram, banyak lalat, dan bau udaranya yang tidak menyegarkan, Seri berpendapat promosi tentang kebaikan Laut Mati itu hanya satu sandiwara komersial sahaja. Sampaikan burungpun tidak mahu terbang di atas Laut Mati itu. Malah sebenarnya tidak ada sebarang kehidupanpun yang terdpat di dalam air tasik tersebut.
Burung-burung itu dengan ilham dari Allah kepadanya tahu tentang keburukan Laut Mati, getus hati Seri.
Logiknya, Laut Mati itu terjadi dari kemurkaan Allah SWT maka sudah tentu ia melambangkan kekotoran dan kejelikan kepada kita.
Laut Mati sebenarnya merupakan sempadan antara negara Jordan dan Israel. Benci sungguh aku hendak menyebut Israel itu negara, getus hati Seri.
Ada seorang penduduk tempatan Jordan menceritakan pada Seri bahawa pada tahun 1970an dulu, ada segolongan pemuda Jordan yang menyusup masuk ke Israel melalui jalan air Laut Mati tersebut untuk tujuan berjihad. Mereka menggunakan pelampung kecil sahaja untuk mengaburi mata pihak keselamatan Israel. Sejak itulah, kawalan keselamatan di sempadan Jordan dan Israel diperketatkan.
Sesuatu yang menghairankan aku adalah Israel seakan tidak mampu untuk menembusi Jordan seperti mereka lakukan ke atas negara-negara Islam, mengapa ya, Seri bertanya kepada dirinya sendiri.
Tentu ada sesuatu yang istimewa yang ada di negara Jordan ini yang membuat ia tidak boleh dicerobohi oleh Israel. , persoalan itu berlegar-legar dalam fikiran Seri.
(bersambung)

06 October 2008
CORETAN CIK SERI 1
Jalanraya kelihatan lenggang hari ini. Seri memandu dengan hati-hati kerana hujan renyai mula turun. Dia menguatkan volume radio keretanya, kedengaran lagu raya berkumandang dengan merdunya. Seri tersenyum, Masih ramai lagi yang bercuti agaknya sebab itu jalan lenggang, maklumlah hari raya setahun sekali, tentu cuti yang panjang diambil, bisik hatinya.
Memang hari raya kali ini meriah. Suasana di Malaysiapun tenang dan harmoni sahaja. Syukurlah, aku di Malaysia, jika di negara lain belum tentu suasana yg seaman ini dapat dikecapi, Seri memanjatkan rasa kesyukurannya.
Seri terkenang pada anaknya Fisa, betapa gembiranya Fisa menyambut hari raya. Kecomelannya seringkali mengundang orang menegur dan mengusik pipi gebunya. Fisa seorang anak yang keletah dan aktif, gelagatnya memang menghiburkan tetapi jika meragam, memang cukup mengundang kesabaran. Mendengar lagu yang berkumandang dari radio keretanya membuat Seri teringat tentang gelagat Fisa yang suka menyanyi sambil melenggok-lenggokkan kepalanya mengikut irama lagu tersebut. Ah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, fikir Seri.
Dua tahun sudah berlalu sejak dia memutuskan hubungan dengan Yazid. Malangnya apa yang dirancang tidak berlaku dengan lancarnya. Berlaku tragedi yang amat melukakan hatinya. Tragedi yang tidak pernah disangka akan berlaku sedemikian rupa.
Apapun, yang terjadi sudah terjadi, tidak perlu ditangisi lagi, Seri memujuk hatinya.
Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang maksum di dunia ini kecuali para nabi dan rasul sahaja. Soal hati adalah perkara yang sangat abstrak, dan terkadang ia mencabar pendirian dan prinsip diri. Hanya Iman dan Taqwa yang mampu mengawal diri. Namun kadang-kadang iman dan taqwa juga ada masa turun dan naiknya, seperti hati yang sentiasa bergelombang dengan perasaan.
Apa yang berlaku kepada dirinya dan Yazid adalah ibarat sebuah drama kehidupan, yang penuh kejutan dan pengorbanan. Apa yang paling Seri takuti terjadi telah terjadi. Isteri Yazid mengetahui perhubungan mereka dan berlakulah episod demi episod kesengsaraan baginya.
Seri tidak menyalahkan sepenuhnya kepada isteri Yazid iaitu Idahani. Sebagai isteri, Idahani ada hak untuk meluahkan kemarahannya dan mempertikaikan kesetiaan Yazid terhadap Idahani sebagai isterinya yang sah. Adalah normal tindakan yang dilakukan oleh Idahani tersebut.
Namun apa yang tidak Seri fahami sampai di saat ini adalah mengapa Yazid meletakkan segala kesalahan kepada dirinya. Mengapa dia yang dituduh dan terpaksa menanggung segala kesalahan seorang diri? Alangkah kejamnya seorang lelaki bernama Yazid yang cuba lari dari kesilapan yang dilakukan dengan membiarkan Seri dituduh dan difitnah sebagai perosak rumahtangga mereka.
Teganya hati Yazid melakukan hal yang sedemikian rupa kepadanya. Tergamak Yazid melakukan kekejaman yang sedemikian kepada perempuan yang lemah sepertinya. Seseorang yang pernah dia luahkan rasa sayang dan rindu satu ketika dulu tetapi kini Yazid meletakkan Seri sebagai mangsa yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempertahankan dirinya.
Jika Yazid berada ditempatnya, dia akan tahu kesengsaraan yang telah aku lalui, namun apakan daya, Yazid memilih jalan selamat dan menjadikan aku "scapegoat" dalam skrip cerita untuk isterinya Seri seakan berbisik kepada dirinya sendiri.
Memang "Time is a good healer", Seri akui. Tetapi saat-saat yang sangat perit itu perlu dilalui dan dia telah melaluinya. Hanya Allah yang maha mengetahui pahit dan getirnya waktu itu.
Yazid yang pernah dikenali dulu berubah secara total, Seri terkejut dengan perubahan itu. Mungkin juga tekanan maha hebat yang diterimanya kerana Idahani mengetahui perhubungan dia dan Yazid atau memang selama ini, Yazid hanya berlakon menyembunyikan sikapnya yang sebenar. Seri tidak memahami hakikat perubahan sikap Yazid itu.
Yazid yang dikenali seorang yang jujur dan tidak pandai menipu berubah menjadi seorang pelakon handalan membawa watak seorang pengecut yang cuba lari dari mengakui kesilapan sendiri dan menjadikan Seri sebagai kambing hitam atas segala apa yang berlaku.
Biar apapun perlakuan Yazid itu, Seri redha atas apa yang berlaku. Walaupun ia perlukan masa untuk mengubat kelukaan atas fitnah yang ditimpakan ke atas dirinya tetapi ia semakin sembuh seiring dengan masa. Jika satu ketika dulu, airmata Seri begitu mudah tumpah apabila mengenang perbuatan Yazid yang kejam itu tetapi hari ini, Seri mampu tersenyum kerana pengalaman itu sangat berharga dalam hidupnya. Seri belajar untuk bersabar, untuk redha, dan hari ini, dia bersyukur di atas ujian yang ditimpakan ke atasnya. Allah SWT mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, Seri menarik nafas kelegaannya.
Seri tetap memegang janjinya pada Yazid, biar apapun yang berlaku antara mereka, dia tetap akan mendoakan kebahagiaan Yazid di dunia dan di akhirat. Biarpun dikhianati dan disakiti oleh Yazid, hati Seri tetap tulus menyimpan rasa persahabatan yang pernah dibina satu ketika dulu. Mengapa perlu ada dendam, bisik hatinya. Dia membina perhubungan dengan Yazid suatu ketika dulu tanpa ada kepentingan diri, jadi tidak sukar untuknya menjaga hati dari tidak merasa dendam dan sakit hati kepada Yazid, jauh sekali untuk membalas perbuatan Yazid terhadap dirinya. Memang ada ketikanya, Seri merasa tidak adil diperlakukan sedemikian rupa untuk kepentingan diri Yazid melepaskan diri dari mengakui kesalahannya tetapi Seri belajar memaafkan dan Seri berusaha untuk mendoakan Yazid dengan setulusnya.
Biarlah di dunia ini aku merasa derita, muga-muga di akhirat nanti ia menjadi kifarah atas dosa-dosaku, doa Seri.
Kedengaran dari radio keretanya sebuah lagu yang menjadi sebuah lagu popular satu ketika dulu, Mungkin Nanti, lagu dendangan PeterPan, liriknya menarik hati Seri.
Saatnya ku berkata
mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti
kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
saat semua disini
Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu
cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi

Seperti hari kemarin saat semua disini
Tak usah kau tanyakan lagi
simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari
semua rasa yang kau beri

Bersyukur itu Lebih BERAT dari Bersabar
Jika kita ditimpa kesusahan, kita akan bersabar, tetapi untuk BERSYUKUR atas UJIAN dan CUBAAN itu lebih susah dari BERSABAR atas kesusahan yang menimpa.
Hari ini saya tiba-tiba teringat tentang maksud surah Wal Asri ini..
Dan Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran.
Ya, hanya MASA yang dapat menentukan KEBENARAN yang digelapkan di dalam selingkar kisah kehidupan. Maka wajiblah untuk kita BERSABAR dan BERSYUKUR atas ujian dan penderitaan yang ditimpa ke atas kita.
Kadang-kadang di dalam dunia akhir zaman ini, KEBENARAN selalu dipesongkan, orang yang jujur dan lurus selalu ditipu oleh orang yang hanya mengharapkan DUNIA dan mencintai DUNIA lebih dari AKHIRAT.
Itulah RENTAK DUNIA hari ini...itulah REALITI DUnia hari ini..
Tetapi sebenarnya mereka ini akan mengalami kerugian di akhirat sana.
Maka BERSYUKURLAH jika kita berdiri di atas KEBENARAN walaupun berdiri di atas KEBENARAN itu kita terpaksa menanggung penderitaan dan kesakitan.
Rasa kesyukuran itulah PENAWAR yang MAHA mujarab mengubat hati, ia selamat dan menyelamatkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)