12 December 2008

IMPIAN itu adalah DOA

Sudah lama aku tidak melakarkan bicara di blog ini..mungkin ada kata-kata yang tersimpan di hati, tidak bisa diluahkan, mungkin ada bicara yang terpendam di jiwa, tetapi tiada bahasa yang mampu kuungkapkan, seribu satu kemungkinan....

Bila aku merenung ke dalam diri, aku melihat diriku sebagai seorang yang optimis, melihat sesuatu dengan harapan yang sentiasa menyala walaupun kadang-kadang realiti tidak sedemikian rupa.

Hidup ini tidak semudah dan seindah yang kadang-kadang kita impikan, tetapi itu tidak menghalang untuk kita melakarkan impian..

Ya, aku sentiasa mengimpikan sesuatu yang terbaik untuk diriku...dan bagiku, itu adalah satu doa yang begitu mendalam akan terpahat di hati ku...

Namun, aku juga sering mengingatkan diriku, jangan kerana impian, aku menjadi orang yang mementingkan diri sendiri..

Hidup ini lebih indah jika impian kita itu adalah juga satu kebaikan untuk orang lain, bukan impian yang hanya memenuhi kehendak sendiri. Impian yang dapat kita kongsikan kegembiraannya dengan orang lain.

Maka oleh itu, hidupkan hati kita dengan impian yang indah, kerana itulah sebahagian dari DOA kita dan Allah SWT akan sentiasa meredhai hambaNya yang sentiasa bersangka baik kepadaNya.

No comments: