21 December 2008

ANTARA REALITI DAN FANTASI

Ada kawan bertanya mengapa blog ini dinamakan antara REALITI dan FANTASI..sebenarnya tidak ada sebab yang signifikan mengapa ia disebut sedemikian. Mungkin sebagai seorang yang sentimental seperti saya, perlu ada WADAH untuk mengukir rasa, memadahkan bahasa yang bagaikan kincir melanda jiwa...

Susah untuk memahami kerana tidak semua orang dikurniakan Allah SWT perasaan yang halus dan seni namun sebenarnya kita semua ada kemampuan itu kerana dengan kehalusan dan kesenian itulah satu perjalanan untuk kita lebih mengenaliNya, sama ada kita sedari atau tidak, apabila kita berkata-kata dengan diri sendiri, itulah satu kaedah terapi untuk kita memperhaluskan jiwa, membebaskan diri dari keterbatasan akal logik yang menjumudkan. Namun pastikan agar ada TAMBATAN syariat walau sejauhmanapun jiwa berkelana di dalam pengembaraan tidak bersempadan ini.

Bicara kalbu diblog ini hanyalah KARYA IMAGINASI yang menyentuh realiti manusia sejagat yang terkadang berkongsi semangat dan sokongan di dalam kembara menuju perjalanan ABADI.

Nafisah

No comments: