30 December 2008

CINTA DI HATI itu SATU UJIAN


Siapa yang pernah jatuh cinta, di cintai atau mencintai?...Bila disebut tentang CINTA seringkali manusia akan terus merujuk kepada cinta sesama manusia...ya benar, tidak dinafikan itu juga sebahagian dari cinta...Banyak terlakar tentang kisah cinta sebegini di dalam hasil-hasil pengkarya sama ada yang terkenal dan tidak terkenal..orang sering teruja apabila kisah cinta dijadikan bahan karya seni.

Instrumental Music

http://www.imeem.com/people/yGFAC/music/zGLBXyE2/winter_sonata_first_time_piano/

http://www.imeem.com/mcbdlm/music/6XN4hBrB/winter_sonata_classics_ws_love_is_blue/

Tetapi sedarkah kita bahwa CINTA seperti itu adalah satu ujian dan perjalanan hati di dalam mengapai CINTA HAKIKI?...CINTA HAKIKI dan TERAGUNG iaitu CINTA pada Allah SWT.

Sering manusia tersasar di dalam mengapai cinta hakiki bilamana CINTA di hatinya menjadi hijab kepada dirinya untuk mengapai cinta ILAHI...ramai yang terjun ke lembah dosa kerana tidak pandai mengutamakan CINTA ILAHI sebagai cinta yang paling agung.

CINTA kepada sesama insan itu UJIAN buat kita. Ramai orang yang kecundang dengan cinta sebegini, hingga melupakan syariat dan melanggar hukumNya. Bagi mereka, cinta yang tumbuh di dalam hati perlu disertakan dengan pemilikan, lalu timbullah rangsangan nafsu dan ketamakan, dan membuat manusia tertipu dengan makna CINTA itu sendiri.

Jika kita mencintai seseorang atau kita menyayangi sesuatu benda atau perkara, kita perlu sentiasa mengingatkan diri bahawa kita tidak memilikinya secara mutlak tetapi yang memilikinya secara mutlak adalah penciptaNya iaitu Allah SWT. Kita hanya dipinjamkan sesuatu itu untuk sementara, dan ia adalah hiburan dari Allah SWT kepada hambaNya.

Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.Jika kita kehilangan sesuatu yang kita cintai atau sayangi, itu adalah hakNya untuk mengambali kembali pemberianNya. Memang fitrah manusia itu akan sedih kerana kehilangan dan perpisahan tetapi janganlah sampai kita menjadi tidak redha dan tidak sabar atas kehilangan tersebut.

Cinta perlukan pengorbanan, mengorbankan sesuatu yang disayangi adalah lambang dan bukti sebuah cinta. Nabi Ibrahim AS sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail kerana kecintaan dan ketaatan pada Allah SWT. Itulah bukti cinta para rasul Allah. Ujian bagi mereka amat hebat, kerana ketinggian kecintaan mereka pada Allah SWT.

Itulah lambang pengorbanan cinta ILAHI. Tetapi ramai sekali manusia hari ini lebih memikirkan kepentingan diri dan rasa kerakusan ingin memiliki hingga sanggup mengorbankan maruah diri, jati diri, malah agama sendiri hanya kerana cinta PALSU yang dirangsang oleh nafsu-nafsi.

Maka berbahagialah orang yang pandai meletakkan CINTA di HATinya tepat ditempatnya.

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

Cinta ada seni dan ada pengeras untuk mendapatkannya...

Sanggupkah kita soalnya?