16 November 2008
Walk in the RAIN
Walk in the RAIN....hermmm...cuba lihat anak-anak kecil, mereka suka bermain-main dengan hujan..mereka sukakan air...hati mereka yang mulus amat menyukai air..dan bermain-main di dalam hujan adalah sesuatu yang menyeronokkan pada mereka..
Tapi, di usia yang begini, aku masih suka berjalan-jalan di dalam hujan, membiarkan diri dibasahi air...merasai titik-titik hujan menyentuh diri..kenapa?..bukan kerana mengingati zaman anak-anak tetapi kerana di celah titisan hujan itu ada keindahan yang tersendiri...yang hanya dapat dihayati jika kita bebaskan rasa kedinginan di hati dengan keterujaan yang membawa kepada keseronokan dan keriangan...
Berjalan-berjalan dan berlari-lari di dalam hujan dan mendengar bunyi hujan turun menitik ke bumi bukan hanya milik pengkarya seni tetapi kita lah pelakar SENI jiwa yang harus melakarkan keindahan di dalam setiap detik dan waktu kehidupan.
ohh..saya terjumpa satu video dalam youtube, scene dalam filem Mukhsin yang memaparkan sebuah lagu keroncong yang bertajuk HUJAN, ini salah satu scene yang sangat saya minati dan saya sebenarnya cukup mengkagumi akan kehalusan Pengarah Filem ini iaitu Yasmin aka Zulkiflee Ahmad menggarap keindahan hujan ini dengan penuh artistik.
Jom lihat video tersebut :
http://www.youtube.com/watch?v=O5bViqbU2Zc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment