12 April 2010

TIDAKKAH KAU SEDARI?

Seakan tidak habis dendam kau palu
Hingga aku disakiti tiap waktu

Ketika aku kau lukai
Tidak pernahkah kau sedari
Bahawa hati ku sudah lali
kerana
terus-terusan disakiti?

Namun begitu
Aku sentiasa sabar dan memaafkanmu
Biar sejuta kali benci kau hamburkan padaku

Sungguh;
Bila aku tidak berdaya
Aku berserah padaNya jua
Kukutip kembali kepingan hatiku
Kutampal dan kuubati kembali
Luka dihatiku

Namun tak pernah
Aku benci padamu
Doaku buatmu tetap mekar
Hingga akhir waktu

No comments: