1. Hargailah lelaki yang menyatakan bahawa mereka mencintaimu bukan kerana kecantikan yang ada pada dirimu...tetapi kerana mereka menyintaimu seadanya...walaupun tahun bersilih ganti, baginya, kamu tetap sentiasa kelihatan muda kerana setiap kedutan yang ada diwajahmu adalah tanda kesetiaan cintanya padamu..
2. Seandainya ada yang menyatakan, “aku mencintaimu”, balaslah dengan kata-kata “terimakasih kerana mencintaiku” namun itu tidak bermakna bahawa engkau juga menyintainya, namun ia sebagai penghargaan atas anugerah Allah buatmu kerana memberikan rasa kasih sesama manusia kepadamu.
3. Anda perlu tahu beza antara suka, sayang, kasih dan cinta. Jika belum tahu untuk membezakan semua itu, anda belum layak untuk bercinta.
4. Cinta di hati lelaki itu mungkin hadir berkali-kali, namun setiap cinta yang dirasai itu berbeza-beza. Cinta di hati wanita itu seringkali hanya hadir sekali, dan ia tetap sama sampai bila-bila.
5. Cinta yang tulus adalah tatkala, kau sedar bahawa sekalipun hatinya telah kau lukai, dia masih mendoakan kebahagiaan buatmu. Dan dia akan menerima dan menghormati pendirianmu walaupun engkau menyatakan engkau tidak menyintainya.
6. Cinta tidak semestinya dibalas dengan cinta, cinta yang tulus kadang-kadang hanya bertepuk sebelah tangan, namun bersyukurlah kerana rasa cinta itu sudah cukup membahagiakan, ia tidak perlukan apa-apa lagi.
7. Jangan kau silap menilai bahawa cinta itu datang dari perhubungan yang lama dan tekun, cinta itu datang dalam satu detik yang terlalu pantas dan tidak kau sedari, dan tatkala kau menyedarinya, ia sudah terlalu lambat untuk kau hindari lagi.
8. Jika ada seseorang yang mencintaimu dan kamu tidak menyintainya, berterusteranglah dengannya, jika benar cintanya tulus, ia akan berlalu dari hidupmu tanpa dendam sambil berkata “terimakasih kerana membuatkan aku merasa apa itu rasa cinta”.
9. Silap sekali wanita yang berkata, “Aku mahu lelaki milikku menyintaiku seorang sahaja” sedangkan di hati lelaki itu masih banyak ruang yang masih boleh di isi dengan cinta. Belajarlah memahami perbezaan itu, kelak kau akan jadi wanita yang amat dihargai lelaki.
10. Kau tidak akan mengetahui ketulusan cintamu sehinggalah cinta itu membuatkan dirimu menjadi amat terluka dan kau melupakan keinginanmu dan kebahagiaanmu demi kebahagiaan orang yang kau cintai.
11. Detik masa akan berlalu dan bertambah, namun cinta yang tulus itu kekal dalam hati tanpa menghiraukan masa.
12. Wanita, jangan kau cemburui wanita yang lain hanya kerana sifat ingin memiliki yang ada padamu, tetapi belajarlah untuk memahami bahawa di hati lelaki, setiap darimu ada ruangnya yang tersendiri dan misteri.
13. Kematangan cinta itu akan kau peroleh apabila kau mampu melepaskan cintamu dari belenggu rasa pemilikan.
14. Jangan kau fikir bahawa cinta itu harus disertai dengan pemilikan, kerana kau akan lebih menghargai makna cinta dan kebahagiaannya apabila kau melepaskan rasa pemilikan itu.
15. Kesalahan yang utama dalam bercinta adalah apabila kita memikirkan bahawa kita harus memiliki apa yang kita cinta.
16. Cinta tidak perlukan pemilikan apa yang kita cintai itu, apa yang perlu menjadi milik kita ialah hati kita yang memiliki cinta itu.
17. Bahasa cinta itu bukan pada pertuturan kata-kata, ia adalah alunan rasa yang hanya boleh dituturkan dalam bahasa jiwa dan dimengertikan oleh jiwa yang merasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment