27 June 2009

TERIMA KASIH TUHAN

Kadang-kadang kita diuji dengan kesakitan, yang membuatkan kita merasa bahawa lemahnya diri kita ini, bahawa kita tidak mampu dan tidak berkuasa apa-apa walaupun kepada jasad sendiri.

Sesungguhnya, itulah sebenarnya diri kita. Kita ini hanya manusia lemah, hanya dengan kasih sayang Allah, kita diberi kekuatan akal, jasad dan jiwa untuk melayari kehidupan ini. Itulah kita yang sebenarnya tidak punya apa-apa...

Mengapa kadangkala kita merasa kita mampu dan berupaya?..ingatlah bahawa kekayaan, kekuatan fizikal, akal dan jiwa itu bukanlah hasil dari kemampuan kita, Allah jua yang meminjamkan kepada kita. Jika Allah berkehendak, sekelip mata, semua itu boleh diambil dari kita, malah nyawa sekalipun Allah boleh ambil.

Wahai, betapalah jika kita dapat menghayati kekuasaaan Allah itu, terserlahlah kepada kita, bahawa kita hanya manusia yang sangat lemah dan sangat bergantung kepadaNya...terlerailah segala kesombongan dan hancurlah segala rasa pemilikan kerana kita sedar bahawa kita rupanya tidak memiliki apa-apa...

Sakit itu adalah ubat kepada jiwa agar memberi ruang untuk kita mengenal diri kita. Patutlah kita bersyukur dengan segala kesakitan ini kerana dengan sakit kita dapat memupuk rasa kehambaan dalam diri.

Terimakasih Tuhan.

No comments: