16 November 2008
Walk in the RAIN
Walk in the RAIN....hermmm...cuba lihat anak-anak kecil, mereka suka bermain-main dengan hujan..mereka sukakan air...hati mereka yang mulus amat menyukai air..dan bermain-main di dalam hujan adalah sesuatu yang menyeronokkan pada mereka..
Tapi, di usia yang begini, aku masih suka berjalan-jalan di dalam hujan, membiarkan diri dibasahi air...merasai titik-titik hujan menyentuh diri..kenapa?..bukan kerana mengingati zaman anak-anak tetapi kerana di celah titisan hujan itu ada keindahan yang tersendiri...yang hanya dapat dihayati jika kita bebaskan rasa kedinginan di hati dengan keterujaan yang membawa kepada keseronokan dan keriangan...
Berjalan-berjalan dan berlari-lari di dalam hujan dan mendengar bunyi hujan turun menitik ke bumi bukan hanya milik pengkarya seni tetapi kita lah pelakar SENI jiwa yang harus melakarkan keindahan di dalam setiap detik dan waktu kehidupan.
ohh..saya terjumpa satu video dalam youtube, scene dalam filem Mukhsin yang memaparkan sebuah lagu keroncong yang bertajuk HUJAN, ini salah satu scene yang sangat saya minati dan saya sebenarnya cukup mengkagumi akan kehalusan Pengarah Filem ini iaitu Yasmin aka Zulkiflee Ahmad menggarap keindahan hujan ini dengan penuh artistik.
Jom lihat video tersebut :
http://www.youtube.com/watch?v=O5bViqbU2Zc
MORNING HAS BROKEN
Morning has broken, like the first morning.
Blackbird has spoken, like the first bird.
Praise for the singing, praise for the morning,
Praise for them springing fresh from the Word.
Sweet the rain's new fall, sunlight from heaven.
Like the first dewfall, on the first grass.
Praise for the sweetnes of the wet garden,
Sprung in completeness where His feet pass.
Mine is the sunlight, mine is the morning.
Born of the one light Eden saw play.
Praise with elation, praise every morning;
God's recreation of the new day.
Morning has broken, like the first morning.
Blackbird has spoken, like the first bird.
Praise for the singing, praise for the morning,
Praise for them springing fresh from the Word.
14 November 2008
Idea Menghilang Di sebalik Awan
Aku cuba menulis tetapi idea seperti tersekat..entah kenapa..ada sesuatu yang menganggu fikiran tanpa disedari..mungkin perlu dibina kembali sebuah tempat untuk melakarkan bicara, tapi tak mungkin....
teringat kata-kataku pada seorang kawan,
hidup ini bukan satu mimpi tetapi realiti...cuma kdg-kdg kita lupa sama ada kitakah yg bermimpi atau kita yg mencipta dan melakar mimpi...
Mungkin dalam hal ini, maksud yang ingin aku sampaikan itu bukan pada orang lain, tetapi sebenarnya pada diri aku sendiri...
Lupakan hal itu..
Ya, seronok mendengar petikan piano instrumental Romantique D Amore..puas ku cari di dalam internet, utk di download ke PC tetapi tidak pula kutemui..bila terdengar lagu ini, seperti rasanya diri berada di sebuah tempat yang sungguh indah, dan begitu mengasyikkan dan aku bayangkan diri berada di suatu tempat bersendirian tanpa ada siapa yang ada disekeliling, dan itulah KEINDAHAN yang tidak terjangkau oleh akal.
Subscribe to:
Posts (Atom)