25 August 2008

Masa Depan Bangsaku ...Kaulah Generasi Masa Depan



Wahai orang Islam (Melayu) ke mana hala tuju kita?
Kita hendak bangunkan bangsa macam mana?
Membangunkan bangsa mestilah semua golongan terlibat mengikut bidangnya
Tentulah kita hendak membangun bangsa yang berwibawa
Bangsa yang ada jati diri, yang tahan uji
Bangsa yang sanggup berjuang, berkorban, sanggup terkorban, sanggup
susah dan menderita
Orang Melayu tidak boleh dipisah dengan agama (Islam)
Kalau dipisah dari agama jati diri tidak ada, macamlah dicabut nyawa
Melayu atau bangsa itu hanya rangka, agama itu roh atau jiwanya atau
nyawanya
Kalau orang Melayu hanya tinggal rangka, kekuatannya rapuh hilanglah
kekuatannya
Jati diri itu adalah agamanya yang diamal dan dihayati di dalam jiwa
Bangsa tidak boleh dipisahkan dari agama (Islam)
Kalau hendak membangunkan bangsa yang berwibawa, berjiwa besar jati
diri mesti ada!
Setiap golongan mestilah program hidupnya ke arah membangunkan jati
diri dan wibawa bangsa
Terlonjak-lonjak, terpekik-pekik dan terlolong-lolong di atas pentas
dengan pakaian seksi
Apakah ia boleh membangunkan jati diri?
Kita semua boleh menjawabnya
Kalau saya yang menjawabnya takut tidak boleh diterima
Kemudian pamerkan satu budaya, ketawa terbahak-bahak, bercakap tidak
tentu macam orang gila
Apakah boleh membangunkan wibawa bangsa?
Kita semua orang Melayu kena jawablah
Kalau saya menjawabnya mungkin tidak boleh diterima bersama
Kita galakkan bergaul bebas laki-laki perempuan di dalam kehidupan,
pakaian menjolok mata pula
Bolehkah mendorong orang Melayu berkorban untuk bangsa dan agama?
Kita orang Melayu kenalah jawab yang membina!
Pendidikan kita apakah menjamin lahir darinya boleh berkasih sayang,
boleh bersatu, rasa bersama, bekerjasama, peri kemanusiaannya tinggi,
bertimbang rasa, bela-membela?
Kita semua kenalah menjawabnya!
Hasilnya kita telah lihat bersama! Natijahnya kita telah saksi
bersama, mudah menjawabnya bukan?!
Buahnya sudah sama-sama kita makan dan merasa, maniskah atau pahit?
Saya tidak suka menjawab seorang sahaja, nanti ada yang tidak boleh
menerima mungkin marah pula
Kenalah jawab secara rasional, secara jujur, jangan membohongi kenyataan!
Kalau ia boleh membangunkan jati diri dan wibawa bangsa teruskan,
kalau sebaliknya rombak dasar pelajaran
Apakah politik kita stabil boleh dicabar dan mampu mencabar, politik
yang bersih,
tidak ada jatuh-menjatuhkan?
Jawablah dengan benar! Jangan berdalih! Jangan sorok-sorokkan!
Bolehkah politik kita membangunkan satu masyarakat yang bersih dari
gejala tidak sihat, bersatu-padu, harmoni, peri kemanusiaan tinggi
Ha! Tolong jawab, jawab yang bertanggungjawab, jawapan yang insaf!
Menayangkan drama kisah cinta, kemudian tidak bahagia, kecewa,
akhirnya bercerai
Apakah drama ini boleh mendidik bangsa kita?
Bangsa yang sanggup berkorban, berjuang, sanggup menderita kerana
negara dan agamanya?
Ulama-ulama kita sekarang, para pendidik bolehkah menjadi contoh,
menjadi suri teladan, menjadi ikutan
Mari kita jawab bersama berdasarkan realiti yang sebenarnya
Saya tidak boleh menjawabnya seorang diri takut tidak kena nanti
tersinggung pula
Kita kenalah jawab secara tepat, janganlah hendaknya kita menipu diri
kita sendiri
Jangan kita berbohong dengan hati kita sendiri
Atau jangan kita tipu diri
Begitulah banyak persoalan yang hendak kita jawab
Bahkan lebih banyak lagi program hidup kita menjadi tanda tanya!
Perlu kena jawab!
Tidak mudah untuk dijawab begitu sahaja bukan?
Mestilah dijawab dengan fikiran yang rasional, dari jiwa yang insaf,
dari hati yang ikhlas
Dari rasa tanggungjawab
Selama ini seminar-seminar menjadi budaya
Kertas kerja kalau kita himpunkan hasil seminar mungkin berlori-lori
banyaknya
Mari kita bertanya diri kita sendiri kemudian jawab sendiri mungkin
kita akan ketawa sendiri, yang sebenarnya kesal dan kecewa

Pertanyaan itu begini:
Berapa bandar sudah terbangun hasil seminar?!
Sebanyak mana supermarket dapat diwujudkan hasil kertas kerja?
Sebanyak mana setiap golongan mempunyai tabung kewangan
untuk membela masyarakat Melayu (Islam)?
Hasil seminar seramai mana dapat diberi biasiswa kepada orang
yang dibuat oleh pihak swasta bukan kerajaan?
Berapa buah hospital dapat diwujudkan hasil seminar setiap tahun yang
berulang-ulang?
Berapa banyak kilang-kilang besar yang dibangunkan oleh orang Melayu
hasil seminar?
Sungguh banyak perkara kita kena jawab dengan jiwa yang insaf
Mungkin payah lidah kita hendak menjawab secara tepat
Apakah kita boleh menjawab dengan memuaskan?

No comments: