29 August 2008

PENGALAMAN HIDUP



Dari pengalaman kita belajar mengenal erti kehidupan...pengalaman adalah sebuah UNIVERSITI kehidupan yang universal dan tiada sempadan.

Setiap apa yang telah kita lalui dalam kehidupan adalah pengalaman..Pengalaman mencipta KENANGAN...dan kenangan seringkali mewujudkan kerinduan.

Merindui kenangan itu tidak salah tetapi merindui kenangan sehingga masa menjadi terbeku dan hati menjadi sendu itu satu kesilapan. Ia hanya merencatkan perjalanan hidup yang harus terus meluncur ke depan kerana masa itu sangat berharga dan hidup terlalu singkat untuk dipersia-siakan.

Kita harus belajar untuk menghilangkan kerinduan pada kenangan dan menjadikan kenangan hanya sebuah INGATAN dan PERINGATAN yang jika manis dan baik dijadikan INGATAN KESYUKURAN manakala jika pahit dan mengundang keburukan pada diri sebagai PERINGATAN agar ia tidak berulang untuk kedua kali kesilapan yang telah terjadi.

Itulah HIKMAH pengalaman.

25 August 2008

Masa Depan Bangsaku ...Kaulah Generasi Masa Depan



Wahai orang Islam (Melayu) ke mana hala tuju kita?
Kita hendak bangunkan bangsa macam mana?
Membangunkan bangsa mestilah semua golongan terlibat mengikut bidangnya
Tentulah kita hendak membangun bangsa yang berwibawa
Bangsa yang ada jati diri, yang tahan uji
Bangsa yang sanggup berjuang, berkorban, sanggup terkorban, sanggup
susah dan menderita
Orang Melayu tidak boleh dipisah dengan agama (Islam)
Kalau dipisah dari agama jati diri tidak ada, macamlah dicabut nyawa
Melayu atau bangsa itu hanya rangka, agama itu roh atau jiwanya atau
nyawanya
Kalau orang Melayu hanya tinggal rangka, kekuatannya rapuh hilanglah
kekuatannya
Jati diri itu adalah agamanya yang diamal dan dihayati di dalam jiwa
Bangsa tidak boleh dipisahkan dari agama (Islam)
Kalau hendak membangunkan bangsa yang berwibawa, berjiwa besar jati
diri mesti ada!
Setiap golongan mestilah program hidupnya ke arah membangunkan jati
diri dan wibawa bangsa
Terlonjak-lonjak, terpekik-pekik dan terlolong-lolong di atas pentas
dengan pakaian seksi
Apakah ia boleh membangunkan jati diri?
Kita semua boleh menjawabnya
Kalau saya yang menjawabnya takut tidak boleh diterima
Kemudian pamerkan satu budaya, ketawa terbahak-bahak, bercakap tidak
tentu macam orang gila
Apakah boleh membangunkan wibawa bangsa?
Kita semua orang Melayu kena jawablah
Kalau saya menjawabnya mungkin tidak boleh diterima bersama
Kita galakkan bergaul bebas laki-laki perempuan di dalam kehidupan,
pakaian menjolok mata pula
Bolehkah mendorong orang Melayu berkorban untuk bangsa dan agama?
Kita orang Melayu kenalah jawab yang membina!
Pendidikan kita apakah menjamin lahir darinya boleh berkasih sayang,
boleh bersatu, rasa bersama, bekerjasama, peri kemanusiaannya tinggi,
bertimbang rasa, bela-membela?
Kita semua kenalah menjawabnya!
Hasilnya kita telah lihat bersama! Natijahnya kita telah saksi
bersama, mudah menjawabnya bukan?!
Buahnya sudah sama-sama kita makan dan merasa, maniskah atau pahit?
Saya tidak suka menjawab seorang sahaja, nanti ada yang tidak boleh
menerima mungkin marah pula
Kenalah jawab secara rasional, secara jujur, jangan membohongi kenyataan!
Kalau ia boleh membangunkan jati diri dan wibawa bangsa teruskan,
kalau sebaliknya rombak dasar pelajaran
Apakah politik kita stabil boleh dicabar dan mampu mencabar, politik
yang bersih,
tidak ada jatuh-menjatuhkan?
Jawablah dengan benar! Jangan berdalih! Jangan sorok-sorokkan!
Bolehkah politik kita membangunkan satu masyarakat yang bersih dari
gejala tidak sihat, bersatu-padu, harmoni, peri kemanusiaan tinggi
Ha! Tolong jawab, jawab yang bertanggungjawab, jawapan yang insaf!
Menayangkan drama kisah cinta, kemudian tidak bahagia, kecewa,
akhirnya bercerai
Apakah drama ini boleh mendidik bangsa kita?
Bangsa yang sanggup berkorban, berjuang, sanggup menderita kerana
negara dan agamanya?
Ulama-ulama kita sekarang, para pendidik bolehkah menjadi contoh,
menjadi suri teladan, menjadi ikutan
Mari kita jawab bersama berdasarkan realiti yang sebenarnya
Saya tidak boleh menjawabnya seorang diri takut tidak kena nanti
tersinggung pula
Kita kenalah jawab secara tepat, janganlah hendaknya kita menipu diri
kita sendiri
Jangan kita berbohong dengan hati kita sendiri
Atau jangan kita tipu diri
Begitulah banyak persoalan yang hendak kita jawab
Bahkan lebih banyak lagi program hidup kita menjadi tanda tanya!
Perlu kena jawab!
Tidak mudah untuk dijawab begitu sahaja bukan?
Mestilah dijawab dengan fikiran yang rasional, dari jiwa yang insaf,
dari hati yang ikhlas
Dari rasa tanggungjawab
Selama ini seminar-seminar menjadi budaya
Kertas kerja kalau kita himpunkan hasil seminar mungkin berlori-lori
banyaknya
Mari kita bertanya diri kita sendiri kemudian jawab sendiri mungkin
kita akan ketawa sendiri, yang sebenarnya kesal dan kecewa

Pertanyaan itu begini:
Berapa bandar sudah terbangun hasil seminar?!
Sebanyak mana supermarket dapat diwujudkan hasil kertas kerja?
Sebanyak mana setiap golongan mempunyai tabung kewangan
untuk membela masyarakat Melayu (Islam)?
Hasil seminar seramai mana dapat diberi biasiswa kepada orang
yang dibuat oleh pihak swasta bukan kerajaan?
Berapa buah hospital dapat diwujudkan hasil seminar setiap tahun yang
berulang-ulang?
Berapa banyak kilang-kilang besar yang dibangunkan oleh orang Melayu
hasil seminar?
Sungguh banyak perkara kita kena jawab dengan jiwa yang insaf
Mungkin payah lidah kita hendak menjawab secara tepat
Apakah kita boleh menjawab dengan memuaskan?

21 August 2008

SEBUAH LAGU mengusik jiwa

Pagi tadi sewaktu di dalam perjalanan ke tempat kerja, saya terdengar lagu ini, sebuah lagu yang tidak pernah saya dengar, sebuah lagu lama yang menarik hati saya untuk mendengarnya...ada sesuatu yang menarik dalam liriknya..mari kita kongsikan bersama..

Sebuah lagu dari Junainah M. Amin bertajuk Tenangkanlah Jiwaku
(mujur saya dapat cari dari www.muziknusantara.com)



ketika aku berjalan
mengikut langkah sendiri
di satu jalan yang sunyi sepi
mencari tenang jiwa

di dalam hujan gerimis
ku jalan tidak berteman
hatiku saja
menjerit pedih
menanti bahagia

kalau kau pergi jua
aku kan kau tinggalkan
terlambat kini sudah
cintaku kau nodai


di sini tempat berjumpa
bersama menyebut cinta
tak mudah hilang
kasihku sayang
berdosa cinta diseksa

11 August 2008

SAKITNYA MUJAHADAH ITU


Ya Tuhan,
sakitnya mujahadah itu
hancur luluh jiwaku
pedih luka hatiku
lemah lesu jasadku

Tapi aku tahu,
itulah didikanMu ya Allah,
sesekali pukulan rohani itu perlu
agar subur jiwa berTuhanku
tumbuh rasa kehambaanku

Ya, Tuhan
mengenalimu harapanku
mencintaiMu dambaanku
relalah aku terkorban
demi mengapai cintaMu
kerna
tiada cinta tanpa pengorbanan

Kurniakanlah padaku,
rasa kemaafan,
rasa sabar,
rasa redha,
agar mampu aku berjuang
melawan nafsu yang menjijikkan ini

MaghfirahMu ku pohon
agar ku temui
makrifahMu

02 August 2008

CaTaTan SponTAn


Teringat kata seorang kawan baik saya, (rindu banget sama kamu..), kau ni, sentimentallah ...hehehhe...ya, walaupun saya tidak suka mengakui saya seorang yang sentimental, tapi kata dari seorang kawan baik itu yang mengenal kita dari hati, adalah benar.

Seorang kawan baik bukan hanya akan berkata-kata yang baik-baik sahaja tentang kita tetapi dialah orang yang pertama yang akan menegur dan menasihati kita apabila kita berbuat salah. Bagi saya, itulah makna sebuah persahabatan, jauh dari segala kepentingan. Sahabat yang baik tidak akan teragak-agak untuk menegur kesalahan kita walaupun dia tahu akan risikonya, kerana dia meletakkan kasih sayang dan keperihatinan lebih dari segala-galanya. Dia mahu kita selamat dunia dan akhirat.

Bukan senang mendapat seorang kawan yang sebegini, ia adalah MUTIARA yang berada di celah jutaan kaca.

Berbalik kepada sentimental tadi, saya terpaksa mengakui akan kecenderungan saya mendengar muzik, melihat dan menikmati pemandangan alam, menulis curahan rasa dan hati saya juga senang tersentuh.

Tetapi itu dalaman, lahirnya orang mengenali saya, sebagai seorang yang periang, talkactive, spontan dan kadang-kadang sukar dijangka. Nakal dan sedikit keras kepala..hahaha...

Mari kita dengar lagu ini, YOU NEEDED ME dari Anne Murray...a nice song..



Bayangkan diri anda bersantai di atas jambatan di dalam gambar taman di atas..nampaknya, orang yang sentimental seperti saya juga suka berangan...hehhehe..lalala..perhaps, perhaps, perhaps..