13 June 2008

PELAGA BIRU



Sejak setahun lebih yang lalu, ikan pelaga biru ini hidup dalam balang air di bilik ofis..tetapi sebulan yang lalu ia telah mati dan yang hairannya, kematiannya hanya saya teka sahaja sebab jasadnya hilang dari balang tersebut. Sebab itu saya mengandaikan ia sudah mati.

Tanpa ucapan salam terakhir dan tanpa jasad ia meninggalkan saya....apakah itu bermakna ikan kesayangan saya ini juga merasa sedih untuk pergi meninggalkan saya?

Yang tinggal hanya sebuah balang kosong, dan saya tetap akan tinggalkan ia kosong kerana saya sudah tidak mampu lagi menghadapi kehilangan buat kali keduanya.

No comments: