10 May 2008

SALASILAH BENDAHARA PADANG SAUJANA : LELUHUR RAJA AHMAD

SIla KLIK pada RAJAH untuk memperbesarkan RAJAHNYA


Di katakan dari kajian keturunan TUN HABAB ini adalah dari keturunan al aidarus yang datang ke Indonesia dari Yaman Hadramaut. Keturunan beliau adalah dari Sayyid Abdullah al Aidarus.
Kedatangan keturunan Al Aidarus ini adalah gelombang pertama dari kedatangan ahlulbait RSAW dan telah berasimilasi dengan penduduk nusantara melalui perkahwinan sehinggakan keturunan ini meninggalkan gelaran Sayyid/Habib mereka dengan memakai gelaran kebangsawanan.

Sayyid Aiddarus (Abdullah al Aidrus) leluhur dari kajian di dapati bersusurgalur kepada RSAW, wallahualam.

Saya perturunkan di sini, salasilah susurgalur itu bermula dari Tun Habab Abd Majid (1688-1697), gelarannya Bendahara Padang Saujana.

Bendahara Tun Habib Abd Majid ibn Bendahara Maharaja Seri Di-Raja ibn Syed Zainal Abidin ibn (Abdullah) al-Aidrus ibn Sheikh ibn Abdullah al ibn Sheikh ibn Abdullah al-Aidrus ibn Abu Bakr as-Sakran ibn Abd Rahman as-Saqaf ibn Muhammad ibn Alwi ibn Muhammad ibn Ali ibn Muhammad Sahib Mirbath ibn Ali ibn Alawi ibn Muhammad ibn Alawi ibn Ubaidullah ibn Ahmad al-Muhajjir ibn Isa ibn Muhammad an-Naqib ibn Ali ibn Ja’afar as-Sadiq ibn Muhammad al-Baqar ibn Ali Zainal Abidin ibn Imam al-Hussein (Radiallahuanhu) ibn Sayyiditina Fatimah az-Zahra bint Muhammad Rasullullah Sallallahualai Wasallam


Memetik kata dari seorang blogger di Asyraaf.NEt,
Mengenai penghijrahan golongan pertama 'first wave' oleh ahlulbait byk dlm bentuk riwayyah. yakni hanya khabar mahsyur dan tidak diketahui keshohehannya. Ada riwayat mengatakan mereka ini 'disembunyikan' nasab sehingga munculnya Imam Mahdi. yg menjadi masalah ialah riwayat ini tidak pernah diceritakan secara jelas dlm mana2 kitab nasab. Yang ada hanyalah riwayat dari lisan yg diwarisi dari turun-temurun.
<
Sekian wallahualam.

No comments: