Sesekali terasa seronok pula melakarkan bicara dalam bentuk sajak atau puisi..hermm..sajak yang spontan dari seorang yang sempoi seperti diriku ini..selayaknya hanya diletakkan di dalam blog persendirian sahaja. hehehe. Tapi keinginan untuk menulis sajak ini sudah lama, dan entah berapa banyak sajak yang telah kuhasilkan semuanya entah di mana kusimpan dan kuselitkan. Bayangkan semenjak sekolah rendah diriku sudah mula pandai mencoret rasa lewat sajak-sajak yang kutuliskan tatkala hati tersentuh dengan pelbagai kejadian dan peristiwa yang telah kulalui.
Sayang tidak ada database yang mampu kubina untuk kusimpankan semua itu kerana diri yang tidak pandai menghargai ilham yang pernah tercipta. Bukan salah sesiapa, tapi diri sendirilah yang kurang peka.
Mungkin kalaulah ku simpan tentu sahaja dapat kulihat dan kukenangi semula apakah kenangan-kenangan yang pernah mengusik kolam hati ini, mungkin dapat kuselami alunan rasa-rasa itu tapi tidak mengapalah, mungkin ada kenangan yang amat pahit untuk ditelan, dan mengenangkannya tentu sahaja akan membuat jiwa kembali bergetar..manakan tau getarnya takut-takut sehebat gempa bumi..ahah..
No comments:
Post a Comment