16 March 2008

SEMALAM TERLAKAR KENANGAN




Membelek buku autograph semasa zaman persekolahan dulu mengembalikan nostalgia yang indah pada kenangan yang pernah tercipta. Tidak dinafikan indahnya zaman persekolahan, walaupun sewaktu itu masing-masing bergelut dengan pencarian ilmu dalam menuju destinasi cita-cita yang digenggam dalam jiwa, tapi umur belasan tahun adalah waktu di mana kita mengecapi manisnya pengalaman. Jiwa begitu mulus dan tulus di dalam mengenal erti sebuah kehidupan.



Kenangan di sebuah sekolah berasrama penuh yg dipanggil SEMESRA dan kini telah diubah namanya kepada SEMESTA, di sebuah pekan kecil di negeri Pahang yang memang makmur dengan kepelbagaiaan floran dan faunanya.


Aku membaca tulisanku di dalam autograf tersebut. Hermm...biarlah ku coretkan di sini sebahagian daripada kata-kataku di dalam autograf itu (ada kwn aku komen, kau tulis mcm Latif Mohiddin..hehhehe)



Teman-teman,



Kemesraan yg kita pupuk bersama, di semai dengan kasih sayang sesama insan bernama sahabat, gelak ketawa, tuturkata, budi dan jasa, gurau senda telah dijanjikan oleh masa, noktahnya di suatu perpisahan. Cuma pengharapan saya biarlah kemesraan itu tetap segar di hati teman-teman.




Jika sepi meragut dirimu teman, kenangilah masa lalu. Kenangilah kemesraan kita, dan ingatlah di saat itu, saya juga menjadi seorang perindu, perindu kemesraan sebuah persahabatan.



Ah, sememangnya kenangan semalam memang terlalu indah.


------------------------------------------------

Buat kawan-kawanku semua,

DIKETIKA INI, aku memang menjadi seorang perindu itu.

No comments: