24 March 2008

KEPENTINGAN BERDOA





Berdoalah kepada Tuhan tanda merendah diri kepada-Nya
Memintalah kepada-Nya di dalam sebarang hal
Untuk menghilangkan kesombongan dan ketakburan
Memohonlah kepada Tuhan, itu adalah salah satu sifat kehambaan
Berdoalah kepada-Nya tanda kita hamba yang lemah
Meminta kepada Tuhan tanda kita hamba kepada-Nya dan baik sangka
Memohonlah kepada Tuhan, Dia tetap mengabulkannya sekalipun di Akhirat
Berdoa ertinya kita bermesra dengan Tuhan
Berdoa ertinya kita bermunajat dengan Tuhan
Berdoa ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan
Mengadukan hal kita Meminta itu dan ini
Bukankah itu satu keindahan dan kelazatan
Berdoa adalah satu ibadah
Bahkan ia dianggap otak ibadah
Doa adalah senjata orang mukmin
Berdoa adalah satu harapan
Berdoa termasuk perhubungan di antara hamba dengan Khaliqnya
Orang yang tidak berdoa ertinya dia sombong dengan Tuhan
Dia merasakan ada kuasa, tidak perlu lagi kepada Tuhannya
Ini termasuk orang yang telah putus rahmat dengan Tuhan

22 March 2008

TAKANA JO KAMPUANG




http://www.west-sumatra.com

Inilah gambar istana pagar ruyung yang menjadi tempat keluarga bangsawan minang satu ketika dahulu. Satu senibina yang cantik dan tentu sekali memerlukan penelitian ilmu MATEMATIK yang mendalam bagi menghasilkan bentuk yang sedemikian rupa.

Orang minang terkenal dengan adat dan budayanya yang unik yang melambangkan kehalusan dan penelitian jiwa yang halus kepada alam sekitar.

Rupabumi nya yang bergunung ganang, berteluk, dan cuaca sekitarannya yang dingin, menjadikan ia satu tempat yang sungguh indah dilawati dan ramai yang akan jatuh cinta dengan keindahannya.


Lagu-lagi minang yang sangat memberi nostalgia kepada diriku yang mengamit rindu pada ku untuk pulang dan kembali menelusuri jejak keturunan yang sekian lama terpisah, mengepal tanah warisan bunda kandung dan merasai dinginnya air kali di subuh hari.

Inilah antara lagu-lagu yang menjadi kegemaranku.

BUGIH LAMO


AYAM DEN LAPEH


TELUK BAYUR

19 March 2008

UnTuK SEsEORANG YANG KuPAnGGIL kAWAN

http://www.youtube.com/watch?v=n2r0RRCUB2A&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=BkUpto_ohEc

Terimakasih kerana menjadi seorang kawan baik kepada diriku.

Walaupun semusim itu telah terlalu lama berlalu, tetapi kenangan tetap indah untuk dikenang walaupun ada ketikanya pahit dan manis mengiringi ingatan itu.


Jika ia manis, ia akan membuat kita tersenyum, dan jika ia pahit ia akan buat kita kembali merenung ke dalam diri, mengenang dan mensyukuri segala ujian dan dugaan Tuhan yang sentiasa menyayangi hambaNya.


Terimakasih kerana mengajar diriku tentang erti SABAR dan REDHA. Mengajar diriku bahawa bukan senang menghayati SABAR dan REDHA, tidak semudah ungkapan di bibir sahaja.


Masa akan terus berlalu, dan perjalanan perlu diteruskan, hidup perlu dilayarkan dengan iman dan taqwa, kembara hidup ini pasti akan semakin mendekatkan diri kita pada NOKTAH kehidupan.


سأندايڽ ميمڠ تيدق اد ڤرتموان لاڬي د انتارا كيت د دنيا اين، كو مڠهارڤ سلام كمعافن دري ديريمو. جك ماسيه اد ايڠتن ديريمو ڤد ديريكو، دعاكن كبهاڬيءن اونتوق ديريكو د دنيا اين دان د اخيرة سان.


Sebuah lagu yang ditujukan untuk seorang yang ku panggil kawan. (but of coz, we dont need each other anymore...life must go on..)



I cried a tear, you wiped it dry

I was confused, you cleared my mind

I sold my soul, you bought it back for me

And held me up and gave me dignity

Somehow you needed me


You gave me strength to stand alone again

To face the world out on my own again


You put me high upon a pedestal

So high that I could almost see eternity

You needed me, you needed me

And I can't believe it's you

I can't believe it's true

I needed you and you were there

And I'll never leave, why should I leave?

I'd be a fool 'cause I finally found someone who really cares

You held my hand when it was cold

When I was lost you took me home

You gave me hope when I was at the end

And turned my lies back into truth again

You even called me "friend

You gave me strength to stand alone again

To face the world out on my own again

You put me high upon a pedestal

So high that I could almost see eternity

You needed me, you needed me

You needed me, you needed me





Untukmu seorang KAWAN yg pernah ku kenali :
(our favourite song.....and so do Athirah, whats a surprised..hehehe )

My Way

And now, the end is near,

And so I face the final curtain.

My friends, I'll say it clear;

I'll state my case of which I'm certain.

I've lived a life that's full -

I've travelled each and every highway.

And more, much more than this, I did it my way.

Regrets? I've had a few,

But then again, too few to mention.

I did what I had to do

And saw it through without exemption.

I planned each charted course -

Each careful step along the byway,

And more, much more than this,

I did it my way.

Yes, there were times, I'm sure you knew,

When I bit off more than I could chew,

But through it all, when there was doubt,

I ate it up and spit it out.

I faced it all and I stood tall

And did it my way.

I've loved, I've laughed and cried,

I've had my fill - my share of losing.

But now, as tears subside,

I find it all so amusing.

To think I did all that,

And may I say, not in a shy way -

Oh no. Oh no, not me. I did it my way.

For what is a man? What has he got?

If not himself - Then he has naught.

To say the things he truly feels

And not the words of one who kneels.

The record shows I took the blows

And did it my way.

Yes, it was my way.

http://www.youtube.com/watch?v=G1tGdoA6mCc&feature=related

17 March 2008

Sebuah DRAMA yg MENYENTUH Perasaan


Cinta ia hadir seperti kilat, tetapi seumur usia mungkin takkan terlupa


Ehemm...ada sebuah drama yang saya sangat suka tengok, pertama sebab muziknya sangat indah. Saya tertarik buat pertama kali melihat drama ini kerana terjatuh cinta dengan muziknya. Kemudian bila saya mencuri-curi masa melihat drama tersebut, ia memang sebuah drama yang jalinan dan perjalanan ceritanya memang indah. Di samping hero dan heroinnya yang memang cantik dan kacak.


Drama itu bertajuk WINTER SONATA





Jarang drama yang membuat hati saya tersentuh dan mengalirkan airmata, tetapi drama ini begitu syahdu dan mengamit airmata saya untuk turut mengalir bersama pelakonnya. Sebuah drama yang jauh dari episod-episod yang kurang enak di lihat, begitu bersahaja jalan ceritanya, bertapak di alam realiti, tetapi penuh dengan pelbagai kejutan, dan perkara yang tidak terjangka.


Di bawah ini, saya kongsikan youtube yg menyimpan lagu-lagu dari drama tersebut :




From Beginning To End


http://www.youtube.com/watch?v=2GeFLpWasGk&feature=related



    My Memory


http://www.youtube.com/watch?v=jogDu4vTVhI&feature=related


16 March 2008

SEMALAM TERLAKAR KENANGAN




Membelek buku autograph semasa zaman persekolahan dulu mengembalikan nostalgia yang indah pada kenangan yang pernah tercipta. Tidak dinafikan indahnya zaman persekolahan, walaupun sewaktu itu masing-masing bergelut dengan pencarian ilmu dalam menuju destinasi cita-cita yang digenggam dalam jiwa, tapi umur belasan tahun adalah waktu di mana kita mengecapi manisnya pengalaman. Jiwa begitu mulus dan tulus di dalam mengenal erti sebuah kehidupan.



Kenangan di sebuah sekolah berasrama penuh yg dipanggil SEMESRA dan kini telah diubah namanya kepada SEMESTA, di sebuah pekan kecil di negeri Pahang yang memang makmur dengan kepelbagaiaan floran dan faunanya.


Aku membaca tulisanku di dalam autograf tersebut. Hermm...biarlah ku coretkan di sini sebahagian daripada kata-kataku di dalam autograf itu (ada kwn aku komen, kau tulis mcm Latif Mohiddin..hehhehe)



Teman-teman,



Kemesraan yg kita pupuk bersama, di semai dengan kasih sayang sesama insan bernama sahabat, gelak ketawa, tuturkata, budi dan jasa, gurau senda telah dijanjikan oleh masa, noktahnya di suatu perpisahan. Cuma pengharapan saya biarlah kemesraan itu tetap segar di hati teman-teman.




Jika sepi meragut dirimu teman, kenangilah masa lalu. Kenangilah kemesraan kita, dan ingatlah di saat itu, saya juga menjadi seorang perindu, perindu kemesraan sebuah persahabatan.



Ah, sememangnya kenangan semalam memang terlalu indah.


------------------------------------------------

Buat kawan-kawanku semua,

DIKETIKA INI, aku memang menjadi seorang perindu itu.