30 September 2010

SALAM TERAKHIR INI

Salam terakhir buat seorang teman
Ku ucap dengan rela
Mungkin itu yang terbaik
Dalam mencari redha Allah di dunia ini

Adakah ada hati yang akan bergetar
Ku cuba merasai
Namun kebekuan amat terasa
Hingga ku tak mampu untuk
Merasa apa-apa

Tidak ada apa yang perlu dikesalkan
Yang terjadi telah terjadi
Apakah yang sebenarnya terjadi
Hanya Allah jua yang mengerti

Aku tenang dengan perpisahan ini
Kelegaan menjengah di sudut hatiku
Kedamaian memenuhi ruang hatiku
Allah tahu apa maksudku
Itu sudah cukup buatku


Indah bila kita mencari redha Allah
Bukan kerana memenuhi kepentingan diri
Jauh sekali dari mengikut kata nafsu
Yang sentiasa menipu diri

Buat teman
Satu hari kau akan mengerti
Akan makna salam terakhir ini