31 October 2009

KISAH "JAGA PERASAAN"

Ada hamba allah yang sengau nak balik kampung. Dia tak tahu bas yang mana satu untuk balik kampung. Dia tanya mamat yang duduk sebelah nya.

Dengan nada sengaunya: Cik..bas yang mana satu gi ke kempung ni.??

mamat: si mamat tak menjawab. dia diam aje..

Hamba sengau tanya lagi: cik ..bas yang mana gi ka kampung ni ??

mamat: tak jawab juga..masih mendiamkan diri...

Hamba sengau : (dalam hatinya berkata..sombong betul orang ni.. tanya dengan baik pun tak nak jawab..baik aku tanya orang lain )

Hamba sengau pun bertanya pada si mamat lain.

Hamba sengau: (dengan nada sengaunya) cik ..bas mana gi kampung ni ??

Si mamat A jawab: Tu hah..bas no 5..

Hamba sengau jawab: Tema khcih.

Hamba sengau sambung lagi perbualan dengan simamat A:
Saya tanya orang tu..tapi tak nak bagitau..lansung tak jawab.. sombong sangat...

Hamba sengau pun beredar dan menaiki bas no 5.

Dengan tak sedap hati, Si mamat A tanya si mamat : Cik ..mengapa cik tak jawab orang yang bertanya tadi???

Si mamat jawab: Bukan aku tak nak jawab..nanti di katanya aku mengejek dia...

Rupa rupa nya si mamat ni pun sengau...

08 October 2009

AKU DAN KENANGAN

SILA KLIK DI BAWAH INI UNTUK MENDENGAR LAGU TERSEBUT

AKU DAN KENANGAN (BRAIN CONNECTION)

Sunyi dan sepi
Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda
Ku nanti dikau
Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya
Yang aku nanti-nantikan tak kunjung tiba… oh…

* Tiada kata tiada pesan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih

** Tersenyum aku
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal
Hanya gambar juga tandamata dan kenangan
Tiada terduga
Yang ini harus akan terjadi di malam begini
Mungkinkah
Kitakan bersua lagi

Ulang * dan **

Lagu: Kamal Halim
Lirik: Ahmat Shariff